Monday, July 12, 2010

Intipati program Bahasa Arab

1. Mukhayaam Arabi
  
Perkhemahan pelajar aliran pendidikan islam (mengambil mata pelajaran Bahasa Arab) sebagai langkah dalam menerapkan pelajar dengan minat terhadap bahasa arab.         

 2. Kursus Debat Bahasa Arab

Para Peserta akan didedahkan dengan fan al munazarah atau seni perdebatan dan kaedah untuk berdebat dalam bahasa arab. Kursus akan dijalankan secara teori dan praktikal.

3. Bengkel Kemahiran Berbahasa Arab

Bengkel ini dikhususkan bagi sesiapa yang tidak mempunyai latar belakang pengetahuan tentang Bahasa Arab. Peserta akan didedahkan dengan penggunaan bahasa arab yang mudah dan sesuai dipraktikkan dalam kehidupan harian. Selain itu, pemahaman Bahasa Arab dalam ibadat juga dititikberatkan sesuai dengan tema " Bahasa Arab Sebagai wadah Pembentukan Sahsiah".



KEISTIMEWAAN:

· Telah berpengalaman lebih dari 5 tahun.
· Para fasilitator yang terlatih.
· Modul program boleh dirangka dan dibincangkan, seperti perkhemahan dan pelbagai lagi.
· Kelengkapan yang cukup dan lengkap.
· Tujuan utama memfokusksn pembangunan sahsiah dengan kaedah terkini.


“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di dataran dan lautan, dan Kami beri rezeki mereka dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna”.                                                                                 (al Isra: ayat 70)

    


No comments:

Post a Comment